Laman Utama

Standard Guru Malaysia(SGM) 

untuk hayati semua Guru Malaysia.


Sharing is Caring.




KRT 3013        TEKNOLOGI MAKLUMAT 
                       SEKOLAH RENDAH


Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:

1. Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2. Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3. Pastikan nama,foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelumtarikh akhir penilaian tugasan blog.
4. Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
  • Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
  • Gambar
  • Audio
  • video
5. Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6. Sediakanpautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:


KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian.
15%
Senireka blog dan kreativiti
10%
Pandangan dan omen daripada pelawat blog
5%
JUMLAH
30%


PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/ menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.

1 comment:

  1. Menerusi tugasan ini membolehkan saya mempelajari kemahiran yang tidak pernah saya fikir saya boleh mencapai. Saya amat gembira melihat ada blog sendiri. Walaupun blog ini biasa sahaja tetapi bagi saya ia adalah blog pertama saya dengan usaha titik peluh serta bantuan daripada tutor E-Learning saya yang pertama kali. Terima kasih saya ingin ucapkan kepada semua yang pernah membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjayakan blog ini.

    ReplyDelete